BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Prinsipku

widgeo.net
kalau kita mahukan sesuatu, kita perlu korbankan sesuatu.

Saturday, January 2, 2010

Rintihan di Tahun Baru


Di saat semua warga dunia bergembira meniti lambaran tahun baru. Tapi itu mereka, bagi aku genaplah pemergian ibu yang ke tiga tahun. Memang sukar melalui perjalan hidup tanpa sokongan dan kasih sayang seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan. setiap saat yang aku cuba lalui penuh rintangan mungkin cara mudah untuk aku lakukan adalah pergi dari kekangan itu. Bagi aku tidak mudah untuk aku lari  dari kekangan itu kerana orang yang terlibat dalam kekangan itu adalah orang yang amat penting dalam hidup aku.Mungkin semua orang yang melihat aku penuh dengan keriangan tetapi ianya amat sukar untuk aku tersenyum sedangkan hati ini sering bersedih. Terkadang tidak tertahan lagi pedih hati ini untuk teruskan kehidupan seperti orang yang tidak pernah ada masalah betul kata ibu "KALAU KITA MAHUKAN SESUATU KITA PERLU KORBANKAN SESUATU" kini aku mengerti apa yang sering diperkatakan ibu. Aku bukan seorang yang pandai tetapi aku seorang yang mampu untukmengingatkan kawan semua supaya lebih sayang dan menghormati serta menghargai ibu yang selalu mendoakan kita...................................................

0 ulasan: